• Wartawan Nabalu News

100 KLUSTER COVID-19 DI SABAH, 58 KLUSTER MASIH AKTIF



14 DIS 2020


KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan sejumlah 100 kluster Covid-19 di Sabah, sehingga hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 58 kluster masih aktif dan 42 kluster telah ditamatkan.


“Bilangan kluster terbanyak ialah di Kota Kinabalu sebanyak 22 kluster, diikuti daerah Sandakan (18 kluster) dan Tawau (16 kluster),” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Mengenai bantuan makanan, Masidi berkata, sehingga hari ini, sebanyak 297,140 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar di seluruh Sabah.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com