top of page

UPKO Ranau Sokong Penyatuan Parti Tempatan, Seru Perjuangan MA63 Diperkasa

  • nabalunews
  • 9 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


RANAU, 25 Julai – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Ranau memberikan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi terhadap usaha menyatukan parti-parti tempatan Sabah, sambil menggambarkan langkah itu sebagai keperluan strategik untuk menjamin kestabilan politik negeri dan mempertahankan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Ketua Bahagian UPKO Ranau, Rogers Tiam @ Aloysius, berkata agenda penyatuan ini bukan sekadar retorik politik, sebaliknya satu keperluan mendesak bagi memastikan aspirasi rakyat Sabah terus menjadi keutamaan di peringkat negeri dan Persekutuan.


Beliau menegaskan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa (AJK) UPKO Bahagian Ranau yang berlangsung di Ulion Hill, Kampung Bundu Tuhan, di sini hari ini.


"Lanskap politik Sabah kini menuntut kebersamaan dan perpaduan yang jitu dalam kalangan kepimpinan tempatan. Penyatuan ini penting untuk memperkasakan suara kolektif kita serta mempertahankan hak-hak perlembagaan yang termaktub dalam MA63," ujar Rogers.


Beliau turut mengulangi gesaan UPKO Ranau agar kajian semula persempadanan kawasan Parlimen P.179 Ranau dilaksanakan segera.


" Dengan keluasan 3,891 kilometer persegi—melebihi saiz Pulau Pinang dan Perlis—kawasan ini wajar diwakili tambahan sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menjamin perwakilan yang adil kepada penduduk yang semakin meningkat". katanya.


Tambah Rogers, penyertaan UPKO dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menghidupkan semula semangat asal MA63 melalui penggabungan parti-parti tempatan di bawah satu gabungan negeri yang bersatu.


Rogers turut menyatakan, di peringkat akar umbi, UPKO Ranau bersedia menjadi peneraju utama dalam usaha menyebarkan mesej penyatuan ini, selain terus memberikan perkhidmatan secara konsisten yang memberi tumpuan kepada pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat di seluruh kawasan Parlimen Ranau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page