top of page

MINDET komited perluas program bimbingan dan bantuan usahawan di luar bandar

nabalunews
2 hours ago
1 min read

19 September 2026


SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET) komited memperluas program bantuan, bimbingan keusahawanan dan penganjuran mini ekspo ke daerah-daerah luar bandar di negeri ini.


Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick, berkata usaha itu penting bagi memastikan komuniti usahawan di luar bandar turut mendapat akses kepada peluang pembangunan perniagaan.


Beliau berkata, pendekatan kerjasama dengan persatuan usahawan dan persatuan komuniti akan digunakan bagi menjayakan pelbagai inisiatif pembangunan keusahawanan di daerah berkenaan.



“Saya komited untuk memastikan program-program bantuan, termasuk penganjuran mini ekspo serta program bimbingan keusahawanan, dapat diperluaskan pada skala yang lebih besar di daerah-daerah luar bandar.


“Saya akan mengambil pendekatan bekerjasama dengan persatuan-persatuan usahawan atau persatuan komuniti untuk menjayakan inisiatif-inisiatif pembangunan keusahawanan ini,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan usahawan dari Beluran yang menyampaikan beberapa isu dan cadangan bagi membantu memperkukuh komuniti usahawan di daerah itu, di sini, hari ini.


Ewon berkata, kisah kejayaan usahawan yang bermula secara kecil-kecilan, setelah melalui pelbagai cabaran getir sebelum mencapai kejayaan, wajar dijadikan inspirasi kepada usahawan lain.


“Saya turut berkongsi dengan mereka beberapa kisah kejayaan usahawan yang bermula pada skala kecil, pernah melalui pelbagai cabaran tetapi kini sangat berjaya,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page