top of page

127 PATI dihantar pulang

  • nabalunews
  • Jun 4, 2025
  • 2 min read

4 June 2025


TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menghantar pulang 127 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI, semalam.


Operasi pemindahan itu membabitkan tahanan daripada Depot Imigresen Tawau, melalui Terminal Feri di sini, ke destinasi asal di Nunukan, Indonesia menggunakan perkhidmatan feri.


Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, semua PATI terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk bayi berusia sebulan yang diiringi oleh ibu bapa atau penjaga sah masing-masing.

"Semua mereka selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.


"Semua tahanan PATI ini akan disenarai hitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia mengikut jenis kesalahan yang dilakukan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, sehingga ke hari ini, seramai 1,173 tahanan PATI warga Indonesia direkodkan pulang ke negara asal melalui pengangkutan laut.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan warga asing yang dihantar sebanyak 6,053 orang setakat ini yang telah berjaya dipindahkan ke negara asal.


"Kekerapan pelaksanaan program pemindahan tahanan PATI warga Indonesia oleh JIM Sabah adalah tertakluk dengan pengeluaran Sijil Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) secara berterusan oleh pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Malaysia," katanya.


Sementara itu, beliau berkata operasi pemindahan tahanan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan JIM yang dijalankan dari semasa ke semasa bagi semua tahanan yang ditempatkan di depot-depot JIM Sabah untuk mengelak tempoh penahanan yang panjang.

“JIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana warganegara asing yang menyalahgunakan pas serta kemudahan yang telah diberikan.


“Tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada majikan serta pemilik premis yang menggaji warganegara asing tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah.

“Ia termasuk individu yang melakukan pelanggaran ke atas syarat pas atau permit seperti yang termaktub mengikut Akta 155 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Sehubungan itu, SH Sitti Saleha berkata, pihak menasihatkan para majikan dan masyarakat supaya mengambil warganegara asing untuk bekerja di negara ini mengikut saluran yang berlandaskan undang-undang.

Katanya, JIM Jabatan ini akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam membanteras PATI di negara ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page