top of page

14 Hotel Beroperasi Tanpa Lesen

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read


6 Mei 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Perlesenan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesan 14 hotel di sekitar bandaraya ini beroperasi tanpa lesen.


Dalam operasi jam 10.30 pagi, Sabtu lalu, semua hotel berkenaan terus diberikan notis untuk tindakan selanjutnya.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan DBKK, operasi dilaksanakan bagi memastikan semua operator hotel mematuhi undang-undang ditetapkan.



Katanya, hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, 14 premis hotel dikenal pasti menjalankan operasi tanpa lesen.


“Susulan itu, DBKK mengeluarkan tawaran notis kepada operator untuk mengemukakan permohonan lesen dalam tempoh 14 hadi daripada tarikh notis dikeluarkan,” katanya.


Sehubungan itu, DBKK menegaskan pihaknya akan terus menjalankan operasi pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi mengesan hotel yang beroperasi tanpa lesen yang sah.


“Langkah ini sekali gus meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan operator-operator hotel di sekitar bandar raya ini,” katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page