166 Tahanan PATI Filipina Dipindahkan Melalui Pelabuhan Lahad Datu
- nabalunews
- 4 days ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
29 April 2026
LAHAD DATU: Seramai 166 orang tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Filipina telah dipindahkan ke negara asal melalui Pelabuhan Lahad Datu, Sabah dalam program pemindahan tahanan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Negeri Sabah melalui pintu masuk laut.
Menurut rekod daftar tahanan di Depot Imigresen Negeri Sabah, jumlah tersebut terdiri daripada 118 orang lelaki dewasa, 20 orang perempuan dewasa, 12 orang tahanan kanak-kanak lelaki dan 16 orang tahanan kanak-kanak perempuan.
Kesemua mereka telah selesai melalui proses perundangan di Malaysia serta melepasi proses verifikasi dokumen perjalanan daripada pihak Kedutaan Asing di Malaysia.

Sehingga hari ini, seramai 2,183 orang tahanan PATI telah berjaya dipindahkan ke negara asal.
Jabatan Imigresen Negeri Sabah menyeru kepada semua pihak agar lebih peka terhadap persekitaran dalam komuniti, tidak bersekongkol melindungi atau menggaji PATI, serta segera melaporkan kegiatan PATI kepada saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di https://spab.gov.my atau Sistem Pertanyaan Online (SPO) di https://eapp.imi.gov.my.















Comments