top of page

169 Kontijen Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025

  • nabalunews
  • Aug 31
  • 1 min read

ree

31 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025 meriah dengan penyertaan 169 kontinjen yang mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan perarakan di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, di sini, hari ini.


Semua kontijen berkenaan melibatkan 126 kontinjen mewakili kategori sekolah, IPTA dan IPTS, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan etnik, agensi swasta dan komersial, pasukan beruniform serta jabatan kerajaan tidak beruniform rasmi.


Manakala selebihnya melibatkan 43 pasukan perarakan aset dan kenderaan pelbagai agensi termasuk pasukan keselamatan.

ree

Acara itu disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin serta Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama barisan Kabinet negeri.

ree

Ribuan orang ramai turut hadir menyaksikan acara itu di hadapan Dataran Bandaraya dan sepanjang laluan Jalan Tun Fuad Stephens bermula seawal jam 6 pagi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page