top of page

17 PATI Ditahan

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

3 Disember 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan di sekitar daerah ini, semalam.


Dalam kenyataan media rasmi JIM Sabah, berkata operasi dilancarkan susulan aduan awam serta risikan hampir seminggu di beberapa lokasi yang dikenal pasti.


Katanya, operasi yang dijalankan berjaya memeriksaan seramai 67 individu di beberapa kawasan tumpuan warga asing

ree

“Hasil pemeriksaan, seramai 17 warga asing, masing-masing dari Filipina dan Indonesia ditahan kerana disyaki melanggar pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.


“Siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” kata dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial facebook.


Menurutnya, semua individu yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah dan kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, selain Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.


Sehubungan itu, JIM Sabah menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melindungi atau menggaji PATI.


Selain itu katanya, orang ramai juga disarankan agar terus menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman kawasan setempat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page