top of page

17 Rumah Musnah Di Skim Penempatan Kinarut

  • nabalunews
  • Jul 27
  • 1 min read

ree

27 Julai 2025


KINARUT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan sebanyak 17 rumah musnah dalam kebakaran di Skim Penempatan Kinarut, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.22 malam.

ree

Katanya, seramai 39 anggota dan pegawai melibatkan lima BBP iaitu Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu dan Tuaran terus dikerah ke lokasi.


“Kebakaran melibatkan keluasan kira-kira 3,700 meter persegi dengan rumah jenis separuh kekal dan tidak kekal yang terbakar sepenuhnya.


“Operasi pemadaman terus dilaksanakan menggunakan lima pancutan sepanjang 274 meter dari sumber air dari jentera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.25 tengah malam daripada terus merebak ke rumah sekitar.


Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.06 pagi selepas dipastikan tiada lagi punca-punca api yang mencetuskan kebakaran semula.


“Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak Forensik Bomba,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page