top of page

176 penerima APC Kota Belud terima penghargaan tahun 2023

  • nabalunews
  • Oct 26, 2024
  • 1 min read



26 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023, anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud, berlangsung meriah pada hari ini, 26 Oktober bertempat di Hotel 7 Suria, Kota Kinabalu.


Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Fadzli Rozan, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.


Acara turut disertai oleh barisan pengetua dan guru besar dari seluruh daerah Kota Belud, yang hadir untuk memberi sokongan kepada penerima anugerah.


Sebanyak 176 pegawai dan kakitangan yang menunjukkan prestasi luar biasa telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023.


Pengiktirafan ini diberikan sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka yang komited serta pencapaian cemerlang dalam sektor pendidikan.


Dalam ucapannya, Fadzli menekankan bahawa penganugerahan APC ini bukan sekadar penghargaan, tetapi juga sebagai galakan untuk membudayakan perkhidmatan berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan kakitangan awam.


Menurutnya, penerima APC diharapkan dapat menjadi teladan dan sumber inspirasi kepada rakan sekerja yang lain, sekaligus membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi mencapai visi organisasi dan memajukan kecemerlangan pendidikan di negeri Sabah.


Majlis APC ini selari dengan aspirasi transformasi negara yang menekankan kepentingan penyampaian perkhidmatan berkualiti dan pembudayaan kerja cemerlang dalam sektor awam

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page