top of page

200 beliawanis sertai kursus pemantapan jati diri pemimpin

  • nabalunews
  • Oct 25, 2024
  • 2 min read

25 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Seramai 200 beliawanis menyertai Kursus Pemantapan Jati Diri Pemimpin di Dataran Tomborungus, Kudat.


Program yang dihadiri Pergerakan Beliawanis Zon 1 ini dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah, Emmie Datuk Martin Idang.


Program dihadiri Beliawanis di 15 Bahagian di Zon 1. Program ini adalah sebahagian program jelajah Gema Beliawanis yang mana Zon 1 adalah zon penutup bagi program ini.


Emmie berkata program ini antara persediaan awal Pergerakan Beliawanis Zon 1 bagi menghadapi pilihan raya selain mempersiapkan jentera parti dan menyusun strategi gerak kerja.


Beliau berkata dalam usaha untuk merealisasikan perjuangan dan hala tuju ini, jelajah Gema Beliawanis yang dijalankan sejak tahun lalu menekankan usaha pergerakan untuk merapatkan hubungan secara langsung dengan anak-anak muda.


“Saya amat bangga dengan program yang dianjurkan oleh Beliawanis Zon 1, yang mana pengisian berbentuk ilmiah dan pada masa yang sama ada juga ‘fun’ aktiviti yang dijalankan. Tidak boleh lah kita terlalu serius, inilah keseimbangan yang kita mahu apabila menjalankan program untuk menarik minat orang ramai.


“Di bawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, banyak pencapaian dan inisiatif kerajaan untuk  membantu rakyat sabah, anak muda khususnya. 


Sebagai contoh, RM470 juta diperuntukkan untuk pembangunan modal insan dalam belanjawan, kita diberikan banyak biasiswa dan bantuan seperti BUDI, BAKTI, BAGUS dan sebagainya,” kataya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pemantapan Jati Diri Pemimpin di Dataran Tomborungus, Kudat baru-baru ini.


Hadir sama Naib Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah, Noorazmahirah Datuk Noorzain, Ketua Penyelaras Beliawanis Zon 1 Sonita Lim yang juga Ketua Beliawanis bahagian Tanjong Kapor serta ahli-ahli Beliawanis Zon 1.


Tambah Emmie pelaburan asing seperti syarikat SK Nexilis dan Kibing ke Sabah banyak mewujudkan peluang pekerjaan di negeri ini.


Begitu juga dengan kemasukan DP World untuk pembangunan pelabuhan dan logistik di Sepanggar.


Jelasnya, semua usaha kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji  ini lah yang berjaya menjana kutipan hasil.Sabah sehingga mencecah lebih RM6 billion.


“Maklumat dasar dan polisi ini kita sebarkan sehingga peringkat akar umbi terutama wanita muda...beliawanis, supaya anak-anak muda tahu usaha dan pencapaian kerajaan yang ada sekarang,”ujarnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page