top of page

25 orang belia menyertai kursus pengurusan Homestay dan Rumah Penginapan

  • nabalunews
  • Aug 23, 2025
  • 1 min read

Rafie (duduk tengah) bersama Abdul Syafi (kanan) dan Mohd Azri Jaini (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama peserta kursus itu.
Rafie (duduk tengah) bersama Abdul Syafi (kanan) dan Mohd Azri Jaini (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama peserta kursus itu.

23 Ogos 2025


KENINGAU: Seramai 25 orang belia menyertai kursus pengurusan Homestay dan Rumah Penginapan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dengan kerjasama Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, Pejabat Kesihatan Keningau dan Kolej Geomatika Keningau.


Kursus yang berlangsung bermula 1 hingga 21 Ogos itu diadakan di Taman Bandukan Riverside Resort bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran belia dalam bidang pengurusan homestay dan rumah penginapan.


Selain itu ia membuka peluang baharu dalam sektor pekerjaan dan keusahawanan di kalangan belia khususnya di kawasan Pedalaman.


Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil Tamat Kursus itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau Rafie Robert.


Rafie yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Keningau dalam ucapannya, berkata program seumpama itu amat penting dalam melahirkan golongan belia yang berdaya saing serta mampu memanfaatkan potensi sektor pelancongan di daerah ini.


Katanya, kursus ini bukan sahaja memberi kemahiran teknikal dalam pengurusan homestay, tetapi juga membina keyakinan belia untuk menceburi bidang keusahawanan.


“Dengan ilmu dan pengalaman yang diperolehi, para peserta dapat memainkan peranan sebagai penggerak utama dalam pembangunan pelancongan serta ekonomi tempatan.


"Program seumpama ini menjadi landasan penting bagi memperkasakan belia dengan kemahiran praktikal yang relevan dengan perkembangan sektor pelancongan, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi setempat" katanya.


Turut hadir Pembantu Tadbir Operasi Unit Kepimpinan dan Keusahawanan KBSS Abdul Syafi bin Yunos dan Penolong Pegawai Daerah Keningau dan Mohd Azri Jaini Jeffrey.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page