Pelbagai subsidi, bantuan sosial dikurangkan dari 2020 - 2021Pelbagai subsidi, bantuan sosial dikurangkan dari 2020 - 2021
top of page
  • Farah Salim

Pelbagai subsidi, bantuan sosial dikurangkan dari 2020 - 2021



14 Disember 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Lebih 20 jenis subsidi dan bantuan sosial mengalami pengurangan peruntukan dalam Belanjawan Kerajaan PN tahun 2021 berbanding Belanjawan Pakatan Harapan (PH) 2020.


Menurut maklumat yang dikongsikan Ahli Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad melalui Twitternya hari ini, senarai jenis subsidi dan bantuan sosial itu termasuk kesihatan, pinjaman pendidikan, pertanian dan kebajikan masyarakat.


Berdasarkan senarai subsidi dan bantuan itu perbezaan yang amat ketara ialah peruntukan bagi subsidi gas cecair (LPG), Diesel dan Petrol sebanyak RM1,221,200,000 iaitu peruntukan dipinda 2021 sebanyak RM3,378,800,000 berbanding RM4,600,000,000 (peruntukan 2020).


Selain itu Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK), Wang Saku Institusi Kurang Upaya, Bantuan Penjagaan OKU/ Pesakit Kronik Terlantar, Elaun Khas Kanak-Kanak Pemulihan Dalam Komuniti dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga mengalami pengurangan peruntukan.


Begitu juga dengan sektor pertanian iaitu subsidi harga padi berkurangan sebanyak RM50,000,000, subsidi baja padi (RM10,000,000), Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil juga berkurangan sebanyak RM1,000,000.


Bantuan dan subsidi lain yang mengalami pengurangan peruntukan ialah elektrik, Subsidi Faedah Imbuhan Tabung Pinjaman, Subsidi Kadar Faedah Kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Skim Peduli Kesihatan (PEKA) untuk Kumpulan B40 dan Rawatan Perubatan Pesara.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page