37 badan komuniti Kadamaian terima sumbangan pelbagai kelengkapan dari Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

37 badan komuniti Kadamaian terima sumbangan pelbagai kelengkapan dari Ewon

26 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Sebanyak 37 badan komuniti Kadamaian menerima sumbangan pelbagai kelengkapan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Penyerahan sumbangan diadakan di Pejabat Khidmat Adun Kadamaian, Kg.Piasau selepas beliau menyempurnakan Program Membudayakan Masyarakat Berkoperasi Peringkat Zon Ulu Wariu (NATESA) anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), di Dewan Serbaguna SIB Kg.Nahaba, di sini, hari ini.


Antara penerima sumbangan itu ialah Kampung Takulung, Kg.Pomotodon, Kg.Soronsob, Kg.Togudon, Kg.Tombulion Laut, Kg.Kinasaraban, SK Tombulion, Kg.Ratau, Gereja SIB Lingkubang, Tadika Ria Mesra Minangkob, SK Kebayau, KRT Kg.Sogoh.

Gereja SDA Tuguson, Gereja SIB Nahaba, Gereja Chapel St.Thomas Kelawat, Gereja SIB Tegudon, Gereja SIB Purak Ogis, Gereja RC Ponopuan, Gereja SIB Bundu Lapak, Gereja SIB Rangalau, Gereja SIB Mndap, Gereja SDA Tambulion, Gereja SIB Kebayau dan Surau Kg.Nahaba.


Sumbangan pelbagai kemudahan antaranya kerusi plastik, kerusi panjang rumah ibadat, meja, kanopi dan polypaip diberikan berdasarkan permohonan penduduk kampung berkenaan.

Pembekalan kelengkapan tersebut dilaksanakan melalui peruntukan khas ADUN Kadamaian.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page