Mandat Rakyat: Jesoli, Laudi Dilantik Semula memimpin JKKK
- nabalunews
- 3 minutes ago
- 1 min read

15 Februari 2026
KOTA BELUD: Penduduk Kampung Pangi dan Kampung Sumbilingon Kelawat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian telah mengadakan proses pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada 12 Februari lalu.
Proses pengundian itu diselia oleh Pemaju Mukim, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Marcus Logiau dan Clarence Somuil.
Di Kampung Pangi, masyarakat sebulat suara memilih semula pengerusi terdahulu, Jesoli Mossingging. Kampung Sumbilingon Kelawat turut mengekalkan pengerusi JKKK sedia ada, Laudi Kayangoh@Loudi K. Gingging.

Laudi merakamkan penghargaan kepada komuniti atas kepercayaan dan mandat yang diberikan untuk terus memimpin Kampung Sumbilingon.
Jesoli sependapat dengan Laudi, sambil menambah bahawa keputusan demokrasi itu memberi ruang kepadanya untuk menyambung semula pelan pembangunan yang telah dirancang sebelum ini.
Beliau memaklumkan mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa (AJK) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah seterusnya.

Marcus, mewakili UPPM, turut mengucapkan tahniah kepada seluruh warga kampung yang hadir menunaikan tanggungjawab mengundi.
Turut hadir bagi menyokong proses demokrasi di kawasannya ialah Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kelawat bagi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Maikat Gindara.


















Comments