top of page

106 peserta sertai bengkel pelancongan lestari di Kota Belud

nabalunews
55 minutes ago
1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 23 Sept: Seramai 106 peserta menyertai Bengkel Komuniti Lestari: Pelancongan Berasaskan Komuniti Kinabalu UNESCO Global Geopark di D’Lontupak View, Kampung Purak Ogis, di sini, pada 17 September lalu.


Program anjuran bersama Kinabalu UNESCO Global Geopark, Taman-Taman Sabah dan Persatuan Pengusaha Kluster Inap Desa Sabah (PPKIDS) itu bertujuan memperkasa penyertaan komuniti dalam pelancongan lestari.


Pengurus Homestay Aki Nabalu, Alexius Sagun, berkata bengkel itu memberi peluang kepada peserta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan geopark serta pelancongan berasaskan komuniti.


Katanya, usaha itu penting bagi memastikan komuniti mendapat manfaat ekonomi daripada aktiviti pelancongan tanpa menjejaskan alam sekitar dan warisan budaya.


“Perkongsian ilmu, pengalaman dan pandangan daripada peserta amat bermakna dalam usaha memperkukuh pelancongan lestari berasaskan komuniti,” katanya.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kinabalu UNESCO Global Geopark, Taman-Taman Sabah dan PPKIDS atas kerjasama menjayakan program berkenaan.


Antara pengisian bengkel itu ialah pengenalan kepada Kinabalu UNESCO Global Geopark, pembangunan kapasiti pengusaha, pemanfaatan alam semula jadi sebagai sumber ekonomi lestari dan lawatan ke Kampung Kiau Nuluh.


Peserta terdiri daripada pengusaha inap desa, produk dan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti, makanan tradisional serta kraf tangan. Turut menyertai bengkel itu ialah wakil komuniti, penuntut dan agensi kerajaan berkaitan.


Hadir sama Ketua Pegawai Kelestarian, Pusat Kelestarian dan Pembangunan Kapasiti (PULESTARI), Taman-Taman Sabah, Laudi Apin; Ketua Penolong Pengarah Taman Kinabalu, Justin Guntalib, yang merasmikan program; Yang Dipertua GOMPITO, Duin Limunduk; dan Penyelaras Tambunan Village Homestay, Datuk Joanna Kitingan.


Alexius berharap program seumpama itu dapat diteruskan dengan pengisian berbeza bagi meningkatkan ilmu, kemahiran dan keupayaan komuniti dalam bidang pelancongan lestari.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page