top of page

40 Peratus: AGC Sedang Teliti Secara Terperinci

  • nabalunews
  • 8m
  • 1 min read

ree

8 November 2025


KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti secara terperinci penghakiman bertulis setebal 109 muka surat bagi memastikan sebarang tindakan susulan adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, AGC sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam urusan perundangan negara akan menentukan sama ada perlu tindakan rayuan atau tidak.


“Seperti yang kita semua sedia maklum, penghakiman bertulis telah pun dikeluarkan semalam dan kini sedang diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.


“Ini penting bagi memastikan apa jua keputusan yang diambil oleh Jemaah Menteri adalah menepati lunas Perlembagaan,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program NADI di Kampung Kopimpinan Dabak, Putatan, di sini, hari ini.


Fahmi menegaskan, Kerajaan Madani komited untuk memastikan hak Sabah sentiasa terbela dan akan terus memperjuangkan keadilan bagi negeri itu.


“Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk memastikan hak Sabah itu terbela dan kita akan sentiasa perjuangkan keadilan untuk Sabah.


“We will fight to make sure that we have justice for Sabah,” katanya lagi.


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, perkara ini turut ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet semalam.


Katanya, beberapa aspek penting sedang diteliti bagi mengelak sebarang kepincangan atau tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page