• Wartawan Nabalu News

419 PESAKIT COVID-19 DI SABAH SEMBUH HARI INI


Gambar Hiasan

19 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata, seramai 419 pesakit Covid-19 di Sabah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital hari ini.


Beliau berkata berdasarkan laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, seramai 2,202 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan, masing-masing 646 di hospital dan 1,556 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di seluruh negeri.


“Bilangan pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi ialah 74 orang dan 15 individu memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.