top of page

58 penduduk dipindahkan ke PPS selepas banjir landa Kota Marudu

nabalunews



13 Januari 2025


KOTA MARUDU: Sebanyak 14 keluarga membabitkan 58 individu terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan selepas kawasan Beliajung dilanda banjir petang semalam.


Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 6.15 petang.


“Mereka yang terlibat terdiri daripada dua warga emas, 17 lelaki dan 25 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki serta sembilan kanak-kanak perempuan. Kesemua mangsa berjaya diselamatkan dalam keadaan selamat dan kini ditempatkan di PPS untuk perlindungan sementara,” menurut kenyataan JBPM.


Operasi pemindahan melibatkan 11 anggota bomba bersama jentera lori, pacuan empat roda, dan bot Nadma yang digerakkan ke lokasi kejadian, kira-kira 18 kilometer dari balai bomba.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page