60 wanita SIB Sayap terima sumbangan bakul makanan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

60 Wanita SIB Sayap terima sumbangan bakul makanan


29 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Seramai 60 anggota Persekutuan Wanita SIB Sayap daripada golongan B40 menerima sumbangan bakul makanan menerusi Program Khidmat Masyarakat (CSR) dan pemberian sumbangan bakul makanan.


Program itu dianjurkan oleh Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2023 (PLUMS) dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kg. Sayap, hari ini.


Sumbangan sempena sambutan Natal Wanita SIB Sayap itu disampaikan oleh Lidin Lukasan, mewakili badan JKKK kg. Sayap kepada anggota Persekutuan Wanita SIB Sayap yang dikenalpasti.

Lidin berkata, badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan terus menjadi pemudahcara kepada pihak kerajaan dalam membantu golongan kurang bernasib baik, dan berharap lebih banyak lagi badan-badan NGO hadir membantu komuniti mengikut kemampuan masing-masing.


“Pihak kerajaan perlu mengalakkan pemain-pemain industri berkolaborasi dengan badan-badan NGO, melalui insentif seperti pengecualian cukai atau sokongan lain, untuk membantu meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page