• Wartawan Nabalu News

70 KIR Kg.Pangi Kelawat terjejas banjir terima sumbangan Ewon


Saikom (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk kampung, turut kelihatan Anichlose (kanan).

12 April 2022 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA BELUD: Seramai 70 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Pangi Kelawat di sini yang terjejas banjir baru-baru ini menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick. Sumbangan itu disampaikan kakitangan Pusat Khidmat Adun Kadamaian diketuai oleh Saikom Watis dan Anichlose Kesimin. "Sebaik, dimaklumkan terdapat penduduk kampung berkenaan terjejas akibat banjir pada Ahad lalu, Datuk Ewon mengarahkan kami untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terjejas.

"Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan penduduk kampung," katanya. Turut serta menjayakan penyampaian sumbangan itu, Ketua PDM Maikat Gindara dan Ketua Cawangan Upko Kg. Pangi Kelawat Gundohing Brandon.

Difahamkan setiap kali banjir di Mukim Kelawat akan mengambil masa satu hingga dua minggu untuk surut sepenuhnya.