top of page

74 KES POSITIF BAHARU COVID-19 HARI INI DI SABAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 6, 2021
  • 1 min read


6 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 74 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,387 kes dan satu kes kematian dilaporkan di Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu itu 52 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala empat kes (5.4%), saringan kluster sedia ada 10 kes (13.5%) dan lapan kes (10.8%) adalah dari lain-lain kategori.



Beliau berkata, daerah yang mencatatkan kes tertinggi ialah Keningau sebanyak 16 kes, Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing 10 kes, Nabawan (lapan kes), Lahad Datu (tujuh kes), Kalabakan (enam kes), Kota Marudu (empat kes).


"Beluran dan Sandakan masing-masing tiga kes, Kunak dan Penampang masing-masing dua kes, Kota Belud, Kudat dan Telupid masing-masing mencatatkan satu kes baharu.


"Daerah Ranau, Papar, Putatan, Kinabatangan, Tenom, Kuala Penyu, Semporna, Sipitang, Pitas, Tuaran, Tambunan, Beaufort dan Tongod tidak mencatatkan kes baharu," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 105 pesakit Covid-19 telah sembuh pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh 52,069 orang.


Sementara itu, sejumlah 656 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 230 orang di hospital, 420 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan enam orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 25 orang dan 12 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page