top of page

Ewon terima kunjungan Secretary of State for Cooperatives Timor Leste bincang kerjasama dua hala

  • Wartawan Nabalu News
  • 6 hours ago
  • 1 min read

13 Mei 2025


PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan daripada Secretary of State for Cooperatives Timor Leste, Arsenio Pereira da Silva, bagi membincangkan kerjasama dua hala.


Beliau berkata, perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh jaringan antara agensi-agensi berkaitan koperasi serta badan apex koperasi kedua-dua negara.


“Semoga pertemuan ini membuka kerjasama rantau ASEAN yang lebih baik teristimewa kepada gerakan koperasi kedua-dua negara,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian pembukaan ASEAN Cooperative Dialogue 2025 dan mengadakan pertemuan dengan Secretary of State for Cooperatives Timor Leste, Arsenio Pereira da Silva, di sini, hari ini.


Ewon berkata, Timor Leste berhasrat memperkukuh kerjasama dengan Malaysa terkait pembangunan kapasiti koperasi termasuk cadangan kerjasama dalam bentuk memorandum persefahaman (MoU) antara agensi kementeriannya dan agensi berkaitan di Timor Leste.

Selain itu katanya, kerjasama ini turut melibatkan hubungan antara koperasi di peringkat akar umbi, termasuk antara Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan federasi koperasi yang akan ditubuhkan di Timor Leste.


“Kita juga menerima jemputan daripada Timor Leste untuk menyertai satu persidangan koperasi yang akan diadakan pada bulan Jun tahun depan.


“Inilah yang kita harapkan supaya, dialog seperti ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara kerajaan, malah memperluaskan jaringan kerjasama koperasi dengan koperasi dan juga perniagaan dengan perniagaan (B2B) di peringkat serantau,” katanya.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page