top of page

783 Warga Asing Dihantar Pulang

  • nabalunews
  • 13 minutes ago
  • 1 min read

ree

20 Disember 2025


SANDAKAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menghantar pulang seramai 783 warga Filipina balik ke negara asal menggunakan pengangkutan laut dalam Siri 23 Kategori Usir melalui laut, semalam.


Semua warga asing termasuk bayi dan warga emas terbabit sebelum ini ditahan selepas didapati masuk ke negara ini tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.


Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof, berkata kumpulan berkenaan terdiri daripada 683 lelaki, 70 wanita dan 28 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah berusia dua hingga 75 tahun.

ree

Katanya, tindakan penghantaran pulang itu merupakan sebahagian daripada operasi berterusan bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin di negeri ini.


“Kita akan terus mengambil tindakan tegas terhadap pendatang tanpa izin dan mereka yang melanggar undang-undang imigresen di Sabah.


“Setakat 20 Disember, seramai 11,221 individu telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing melalui laluan laut dan udara, melibatkan 8,421 warga Filipina, 2,375 warga Indonesia serta lain-lain warganegara,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


SH Sitti Saleha berkata, pihak JIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggajikan atau melindungi pendatang tanpa izin.


“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.


“Majikan yang didapati menggajikan atau melindungi pendatang tanpa izin boleh dikenakan denda, hukuman penjara serta sebatan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” tegasnya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page