82 KES BAHARU COVID-19 DIREKODKAN DI SABAH PADA HARI INI82 KES BAHARU COVID-19 DIREKODKAN DI SABAH PADA HARI INI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

82 KES BAHARU COVID-19 DIREKODKAN DI SABAH PADA HARI INI



26 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes positif baharu COVID-19 di Sabah pada hari ini adalah sebanyak 82 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,829 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 82 kes positif COVID-19, sebanyak 61 kes (74.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lapan (8) kes (9.8%) saringan bergejala, tujuh (7) kes (8.5 %) dari kluster baharu dan sedia ada serta enam (6) kes (7.3%) dari lain-lain kategori.


“Kota Kinabalu kini mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 27 kes, diikuti Tawau (21 kes), Lahad Datu (sembilan kes), Kunak (enam kes), Tuaran (lima kes), dan Penampang (empat kes).


“Manakala Sandakan dan Papar masing-masing mencatatkan tiga kes, Kalabakan dan Putatan merekodkan dua kes.


“Daerah-daerah lain mencatatkan sifar kes baharu pada hari ini dan daerah kekal zon hijau Covid ialah Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, pada hari ini seramai 140 pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh menjadikan jumlah kumulatif 56,305 orang.


“Seramai 938 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 274 orang di hospital, 633 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan satu orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 41 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page