top of page

97,500 Liter diesel Seludup Dirampas

  • nabalunews
  • Apr 19
  • 1 min read


18 April 2025


TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 97,500 liter dan menahan 13 individu dalam beberapa siri serbuan di daerah ini, semalam.


Operasi kira-kira jam 3.30 petang itu dilaksanakan Unit Gempur Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Unit Risikan Marin (URM),


Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat risikan berhubung aktiviti kegiatan berkenaan di sekitar daerah Tawau.



Katanya, hasil serbuan yang dijalankan, pasukan operasi berjaya mengesan dan menahan seramai 13 lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.


"Pasukan serbuan turut berjaya merampas sebanyak 12 buah kenderaan dan 97,500 liter minyak diesel disyaki cuba diseludup keluar.


"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM1,306,100 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Mohd Nazri berkata, tangkapan dan rampasan berkenaan berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di daerah ini.


Sehubungan itu, Mohd Nazri memohon kerjasama orang ramai untum menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan jenayah termasuk penyeludupan bahan bakar berkenaan.


"PPM mengalu-alukan maklumat daripada orang awam dalam usaha membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasa," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page