Abang sulung Madius Tangau ditemui meninggal dunia di kebun
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Abang sulung Madius Tangau ditemui meninggal dunia di kebun


14 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

TUARAN: Abang sulung Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ditemui meninggal dunia di kebunnya di Kampung Lokos Kiulu, di sini malam tadi.

Mendiang Paulus Sabin Tangau, 72, ditemui oleh penduduk kampung kira-kira pukul 9.00 malam setelah beliau dilaporkan tidak pulang-pulang seperti waktu kebiasaan.

Mendiang dilaporkan telah pergi ke kebun sekitar pukul 9.00 pagi , namun sehingga pukul 6.00 petang beliau masih belum pulang ke rumah.

Kebimbangan semakin dirasai apabila telefon bimbit mendiang tidak disambut apabila dihubungi.

Susulan daripada itu, ahli keluarganya telah meminta bantuan penduduk untuk membuat pencarian di sekitar kampung.

Semasa awal pencarian, penduduk mendapati kereta yang dipandu beliau masih diletakkan dalam keadaan baik berhampiran kebunnya.

Selepas kira-kira dua jam pencarian, penduduk berjaya menemuinya dengan keadaan muka tersembam pada permukaan air di sebuah anak sungai di kebun dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa.

Dalam pada itu, Madius malam tadi turut megesahkan pemergian abangnya itu dalam satu hantaran di laman facebook beliau.

“Dukacita dimaklumkan, abang saya Paulus Sabin Tangau telah meninggal dunia sebentar tadi.

“Dengan rendah hati saya mohon maaf untuk segala urusan, saya perlukan sedikit ruang untuk bersama keluarga pada ketika ini,” ujarnya.

Mendiang Paulus yang merupakan anak sulung daripada 14 adik beradik itu meninggalkan lapan anak dan 12 orang cucu. Isterinya telah meninggal dunia sebelum ini.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page