AGENSI PENGUATKUASA PERHEBAT PEMANTAUAN SOP PEKERJA KILANG
27 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Agensi-agensi penguatkuasa diminta memperhebatkan lagi pemantauan ke atas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sektor perkilangan dan mengenakan kompaun kepada mereka yang tidak mematuhi SOP.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana sejak kebelakangan ini banyak berlaku penyebaran Covid-19 berpunca dari kilang-kilang.
“Sehubungan itu, semua pengurus kilang diminta memastikan SOP ini dipatuhi dan mencadangkan agar ruang atau tempat rehat/makan (pantry) tidak menjadi tempat pertemuan atau perkumpulan pekerja,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (COVID-19), mendapati sejak kebelakangan ini banyak berlaku penyebaran Covid-19 yang berpunca dari kilang-kilang.
“Jawatankuasa berpandangan perkara ini perlu dibendung dengan pematuhan SOP sepenuhnya,” katanya.
Comments