top of page

AJK Wanita UPKO Kota Belud Sesi 2022–2025 Terus Laksanakan Program Sebelum Pembubaran

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

18 Februari 2026


KOTA BELUD: Ahli Jawatankuasa Wanita Bahagian (AJKWB) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud sesi 2022–2025 dijangka mengadakan mesyuarat terakhir sebelum pembubaran rasmi yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Semua ahli jawatankuasa telah dimaklumkan agar bersedia menyerahkan tanggungjawab masing-masing selaras dengan proses pembubaran tersebut.


Walaupun menghadapi pembubaran, AJKWB tetap meneruskan komitmen untuk melaksanakan program yang telah dirancang sejak tahun lalu, termasuk kursus sulaman manik dan penganjuran pertandingan masakan tradisi. Pertandingan masakan tradisi sebelum ini pernah dianjurkan di pejabat Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian di Piasau. Penganjuran kali ini dirancang sebagai acara tahunan dan terbuka kepada belia berumur bawah 20 tahun.


Program ini bertujuan memelihara dan memartabatkan warisan makanan tradisi kaum Dusun agar terus dikenali dan diamalkan oleh generasi muda. Sekiranya tiada halangan, acara berkenaan dijadualkan berlangsung pada awal bulan Jun.

Setiausaha Wanita, Pn. Julitah Kandar, memaklumkan bahawa usaha memasukkan program ini ke dalam takwim tahunan wajar dipertimbangkan oleh kepimpinan baharu bagi memastikan kesinambungan pemeliharaan warisan budaya masyarakat Dusun di Kadamaian.


Sementara itu, Ketua Wanita UPKO Bahagian, Dtn. Saniah Tuak, menekankan kepentingan pendedahan awal kepada golongan belia mengenai jenis-jenis masakan tradisi serta nilai budaya yang terkandung di dalamnya agar warisan tersebut terus terpelihara.

Beliau menambah, kemenangan UPKO dalam pilihan raya lalu turut menjadi pemangkin semangat kepada barisan AJKWB untuk terus menyokong perjuangan parti, walaupun selepas tamat tempoh perkhidmatan mereka.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page