top of page
  • Wartawan Nabalu News

AKTIVITI DAN PROGRAM KEAGAMAAN DI RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DIBENARKAN BERKUATKUASA ESOK (19 FEB)


Gereja SCH Kota Kinabalu. - Gambar hiasan

18 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan aktiviti dan program-program keagamaan di rumah ibadat bukan Islam berkuatkuasa 19 Februari (esok) semasa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, bilangan kehadiran terhad kepada 1/3 kapasiti rumah ibadat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan.

"Antaranya merekodkan kehadiran penganut menggunakan aplikasi mysejahtera/ sabahtraces atau mencatat kehadiran dalam buku log yang disediakan.


"Menyediakan kaunter di pintu masuk dewan untuk pemeriksaan suhu badan dan memastikan pergerakan masuk ke dalam dewan mengikut giliran, memakai pelitup muka sepanjang masa dan kerap membersihkan tangan dengan hand sanitizer.


"Para penganut tidak dibenarkan berkumpul di kawasan lapang rumah ibadat termasuklah bersalaman, berpelukan dan mengadakan aktiviti berjadual di dalam dan di luar rumah ibadat seperti kelas keagamaan dan kebudayaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


bottom of page