AKTIVITI DI MASJID, SURAU DIBENARKAN KETIKA PKPP BERKUATKUASA 12 APRIL INIAKTIVITI DI MASJID, SURAU DIBENARKAN KETIKA PKPP BERKUATKUASA 12 APRIL INI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

AKTIVITI DI MASJID, SURAU DIBENARKAN KETIKA PKPP BERKUATKUASA 12 APRIL INI



1 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di masjid dan surau di Sabah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bulan Ramadhan berkuatkuasa mulai 12 April ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, aktiviti di masjid dan surau yang dibenarkan ialah solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat di semua zon di negeri Sabah.


Bagaimanapun katanya, bilangan solat jemaah lima waktu dan solat Jumaat di masjid dan surau

adalah mengikut kapasiti masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal satu meter.


"Aktiviti masjid dan surau sepanjang bulan Ramadhan yang dibenarkan adalah Solat Tarawih, bilangan rakaat adalah 8 rakaat dengan bacaan surah (surah lazim) atau ayat pendek.


"Bilangan jemaah mengikut kapasiti keluasan masjid dan surau dengan penjarakan fizikal satu meter," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, tazkirah ditiadakan sepanjang pelaksanaan solat sunat Tarawih.


"Jamuan berbuka puasa dan jamuan sahur di masjid dan surau adalah tidak dibenarkan kecuali 12 orang AJK masjid / surau sahaja.


"Moreh adalah dibenarkan secara berbungkus sahaja. Tadarus dan Khatam Al-Quran, Qiamullail dan Iktikaf di masjid dan surau hanya dibenarkan kepada 12 orang AJK masjid / surau sahaja," katanya.


Beliau berkata, program dan aktiviti jabatan dan agensi agama negeri dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau seperti Kaunter Amil Zakat, agihan bantuan zakat dan sebagainya dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.


Katanya, semua masjid dan surau hendaklah menjalankan semua garis panduan dan SOP yang berkuatkuasa dan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page