top of page

Anggota bomba bantuan cedera terkena renjatan elektrik, pemilik rumah cedera terkena paku.

  • nabalunews
  • Feb 13
  • 1 min read

12 Februari 2025


TENOM: Seorang anggota Pasukan Bomba Bantuan (PBB) cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika operasi memadam api kebakaran dalam kejadian di Kampung Sri Menanti 3, Jalan Mandalom, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, mangsa bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Tenom.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mudi Pangiran berkata, dalam kejadian sama, pemilik rumah turut cedera selepas dipercayai terkena paku.

Katanya, mangsa terus diberikan rawatan oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi.


“Kebakaran membabitkan sebuah rumah berkeluasan 222 meter persegi dan sebuah kereta serta empat motosikal.


“Semua aset itu musnah 100 peratus akibat kebakaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Menurutnya, operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 91 meter dengan empat pancutan dari sumber air jentera.


Katanya, api berjaya dikawal daripada terus merebak sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.04 pagi.


“Setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak forensik JBPM,” katanya.

 
 
 

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page