top of page

Angin kencang, 13 kes pokok tumbang dilaporkan di Pantai Barat Sabah

nabalunews

30 Ogos 2024


KOTA KINABALU: 13 laporan kes pokok tumbang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah antara 11 pagi hingga 6 petang tadi ekoran angin kencang yang melanda Pantai Barat Sabah.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah berkata 2 kes pokok tumbang dilaporkan di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, manakala masing-masing 1 kes pokok tumbang dilaporkan di Ranau, Papar, Kota Belud, Sipitang, Kuala Penyu, Tuaran dan Sook.


Kesemua kes telah diambil tindakan oleh balai bomba berhampiran dan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa mahupun kerosakan harta benda.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page