top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar umum tambahan lebih RM1 bilion untuk pembangunan sempadan Sabah dan Sarawak



17 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penambahan peruntukan lebih RM1 bilion untuk membangunkan sempadan Sabah dan Sarawak.


Beliau berkata, projek pembangunan Pan Borneo tidak boleh ditangguhkan lagi dan perlu diselesaikan lebih awal.


Dalam pada itu, Anwar turut memberi contoh tentang keputusan Indonesia untuk membina ibu kota baru di Kalimantan. Tegas beliau, Malaysia tidak seharusnya ketinggalan dalam memanfaatkan peluang tersebut.


"Kita tidak mahu ketinggalan memanfaatkan kemudahan itu untuk memajukan lagi sempadanan Sabah dan Sarawak.


“Untuk itu, saya telah luluskan tambahan dari kelulusan projek yang banyak di Sabah dan Sarawak ini, lebih RM1 bilion lagi untuk pembangunan sempadan," beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.


Anwar juga memberitahu bahawa beliau telah menugaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk memastikan kelancaran projek Pan Borneo.


Tambah beliau, kerajaan komited untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan Sabah dan Sarawak, termasuk sekolah daif dan kemiskinan tegar.


bottom of page