top of page

APM Selamatkan Empat Mangsa Hanyut

  • nabalunews
  • May 22
  • 1 min read

22 Mei 2025


KOTA KINABALU: Petugas Menara Penyelamat Pantai (MPP) Tanjung Aru, di sini, berjaya menyelamatkan empat individu selepas Stand Up Paddle (SUP Board) dinaiki dihanyutkan ombak, semalam.


Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengusaha kayak yang memaklumkan kejadian itu kepada petugas MPP Tanjung Aru, pada jam 7.20 malam.


Katanya, mangsa melibatkan seorang lelaki, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak sedang melakukan aktiviti SUP Board sebelum hanyut dibawa arus ombak.

"Pengadu memaklumkan empat individu dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti SUP Board di kawasan Pantai Tanjung Aru 2.


"Pengadu juga memaklumkan bahawa semua mangsa kemungkinan tidak dapat balik ke darat disebabkan dihanyut oleh arus," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, petugas penyelamat pantai kemudian membuat pencarian di kawasan perairan Pantai Tanjung Aru menggunakan bot dan juga sekitar kawasan darat.

"Semua mangsa berjaya ditemui oleh anggota penyelamat pantai bersama SUP Board mereka, kira-kira 700 meter dari darat.


"Anggota penyelamat kemudian membawa mangsa ke darat dengan selamat," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page