top of page

Arkib@Sekolah dilancar di SM St.Mary Sandakan

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 2 min read

Aaron menandatangani buku pelawat galeri Program Arkib@Sekolah di SM St.Mary Sandakan disaksikan Myrene dan Jaafar serta yang lain.
Aaron menandatangani buku pelawat galeri Program Arkib@Sekolah di SM St.Mary Sandakan disaksikan Myrene dan Jaafar serta yang lain.

05 Mei 2025


SANDAKAN: Program Arkib@Sekolah "Bermulanya Di Sini" dilihat wajar diperluaskan di sekolah-sekolah di seluruh negara.


Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia juga dilihat mampu memberi ruang kepada pelajar untuk mendekati sejarah dengan pendekatan yang baharu.


"Dengan mengangkat sejarah sebagai alat pendidikan yang aktif, kita sebenarnya sedang memperkukuh jati diri nasional serta mengukuhkan ikatan perpaduan antara rakyat," katanya.

Aaron (duduk depan, tengah) bersama Jaafar dan Myrene serta pelajar dan guru yang hadir ke program itu.
Aaron (duduk depan, tengah) bersama Jaafar dan Myrene serta pelajar dan guru yang hadir ke program itu.

Aaron berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Arkib@Sekolah : "Bermulanya Di Sini" di SM St.Mary, Sandakan pada Isnin.


Turut hadir, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman dan Pengetua SM St.Mary, Sandakan, Myrene Gidung.


Aaron berkata, beliau turut percaya bahawa pembangunan insan yang berilmu dan berjiwa patriotik bermula dari bangku sekolah. 


Oleh itu, katanya. usaha seperti itu wajar diperluas ke sekolah-sekolah lain di seluruh negara, agar tiada generasi yang terpisah daripada akar sejarahnya. 


“Dalam masa sama, peranan guru amat penting sebagai pemudah cara dalam menyampaikan nilai-nilai murni sejarah dan perpaduan kepada pelajar.


“SM St.Mary Sandakan terpilih menjadi lokasi pertama pelancaran program itu tahun ini di mana ia juga antara sekolah tertua di negeri ini yang sudah pasti mempunyai banyak bahan sejarah dan arkib sekolah,” katanya.


Terdahulu, Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia menganjurkan Program Arkib@Sekolah: "Bermulanya Di Sini" seiring dengan objektif kerajaan Madani ke arah penyatuan nasional dan membina tapak integrasi yang kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. 


Program itu juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahan arkib sebagai sumber autentik dalam proses pengajaran dan pembelajaran, serta memberi ruang kepada pelajar untuk mendekati sejarah dengan cara yang lebih interaktif, kreatif dan bermakna. 

Komentáře


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page