top of page

Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 2 min read

ree

4 November 2025


KOTA KINABALU: Program Baca@Borneo 2025 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan satu gerakan budaya ilmu yang memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat penghubung antara akademia, komuniti dan inovasi.


Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, berkata program itu berperanan penting dalam menyemai budaya membaca, berfikir dan berkarya dalam kalangan warga universiti serta masyarakat sekeliling.


“Baca@Borneo bukan sekadar satu program tahunan tetapi satu gerakan budaya ilmu yang mengangkat peranan perpustakaan sebagai pusat penghubung antara akademia, komuniti dan inovasi,” katanya.

ree

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Baca@Borneo yang berlangsung di Perpustakaan UMS baru-baru ini.


Menurut Kasim, UMS komited membina ekosistem ilmu yang terbuka, berdaya cipta dan berimpak sosial, sejajar dengan misi universiti menjadikan ilmu sebagai asas pembinaan insan seimbang dan berdaya saing.


“Kita ingin melihat perpustakaan bukan sekadar tempat mencari bahan bacaan, tetapi ruang pembelajaran aktif yang mempertemukan idea, teknologi dan kreativiti,” katanya.

ree

Program Baca@Borneo tahun ini menampilkan pelbagai aktiviti ilmiah dan interaktif termasuk Infosmart! Workshop Series, Telaah@UMS&1Warga 1Buku, dan program Rikau Arkib.


Selain itu, turut diadakan Bengkel STEM&Literasi Digital merangkumi 3D Printing, Robotics, Python dan Canva, serta aktiviti komuniti seperti Santai Tapi Sampai dan Tamu Healing yang menyemai semangat cinta ilmu melalui pendekatan santai dan inklusif.


Majlis itu turut menyaksikan penyampaian dua anugerah utama, iaitu Anugerah Sumbangan Penyelidikan Tertinggi (UMSIR) dan Anugerah Penggunaan Pangkalan Data Paling Aktif (Fakulti) sebagai pengiktirafan kepada komitmen warga universiti dalam memperkukuh budaya penyelidikan dan literasi maklumat.


“Anugerah ini bukan sekadar penghargaan, tetapi dorongan agar kita terus menjadikan ilmu dan penyelidikan sebagai tunjang kecemerlangan universiti.


“Baca@Borneo 2025 adalah manifestasi semangat universiti berjiwa ilmu yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat kampus dan komuniti luar dalam semangat cinta kepada ilmu.


“Melalui inisiatif seperti ini, perpustakaan akan terus menjadi nadi kecemerlangan intelektual dan wahana utama dalam memperkasa budaya membaca di UMS,” katanya.


Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Profesor Madya Dr Raman Noordin.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page