top of page

Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Bakal Dibina Di Telupid 

  • nabalunews
  • Aug 28
  • 1 min read

Mohd Pisar (duduk tengah) bersama warga BBP Sandakan dan yang lain.
Mohd Pisar (duduk tengah) bersama warga BBP Sandakan dan yang lain.

28 Ogos 2025


SANDAKAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mempunyai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di daerah Telupid.


Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Mohd Pisar Aziz, berkata, ia dijangka dibina bermula Oktober ini dan bakal memberi kemudahan kepada kawasan sekitar termasuk Tongod, Pinangah dan berdekatan.


Katanya, tapak bagi pembinaan BBP baru itu juga sudah dikenalpasti dan begitu juga peruntukkan bagi pembinaannya.


“Ketika ini, BBP Beluran atau BBP Kinabatangan akan memberikan respon jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dengan jarak yang agak jauh dari balai itu ke Telupid, Tongod serta kawasan sekitar Telupid,” katanya.


Beliau menyatakan perkara itu pada sidang media sejurus melakukan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Zon 6 Sandakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan di sini pada Khamis.


Lawatan itu memahami perkembangan semasa balai dan keperluan semasa anggota serta pegawai di 28 BBP seluruh negeri ini termasuk Sandakan.


Beliau turut menyampaikan amanat kepada warga BBP Sandakan dan Zon 6 Sandakan melibatkan Sandakan, Kinabatangan dan Beluran.


Pihaknya juga menggalakkan anggota dan pegawai Bomba di negeri ini mempelajari dan menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau AI khasnya dalam mempromosi keselamatan kebakaran dan masyarakat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page