Bandaraya Kota Kinabalu Diisytihar Kawasan Bencana Banjir
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

3 Januari 2026
KOTA KINABALU: Bandaraya Kota Kinabalu diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan, petang tadi.
Hujan lebat bermula kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan paras air sungai meningkat ke tahap bahaya.
Pengisytiharan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, pada 9 malam tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Petang tadi, beberapa kawasan sekitar Inanam, Manggatal dan beberapa kawasan di Kota Kinabalu dilaporkan banjir berikutan hujan berterusan.
Sementara itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut memaklumkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sudah diaktifkan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan bencana di sekitar bandaraya.
Menurutnya, PKOB itu beroperasi bermula 8 malam tadi hingga 9 pagi esok dengan talian hotline disediakan di 088-210011 dan 088-239681.


















Comments