- Wartawan Nabalu News
Banjir kilat di beberapa kawasan pantai barat Sabah

21 Sept 2021
By Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Banjir kilat berlaku di beberapa tempat di dearah Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran akibat hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi ini.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, hujan lebat dijangka berterusan di kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar dan Kota Belud.
“Selain itu, hujan lebat juga dijangka berlaku di beberapa kawasan pedalaman Sabah antaranya Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, serta beberapa kawasan lain iaitu Ranau dan Kudat,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika ini, bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Dalam kenyataan itu, semua agensi yang terbabit kini dalam persediaan dan sedang melakukan pemantauan di beberapa kawasan yang sering dilanda banjir.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk untuk kawasan pantai barat Sabah pada 8.35 pagi tadi.
Menurut kenyataan hujan lebat dijangka berterusan di kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar dan Kota Belud.
“Selain itu, hujan lebat juga dijangka berlaku di kawasan pedalaman Sabah antaranya Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, serta beberapa kawasan lain iaitu Ranau dan Kudat,” katanya.