Bantuan Baik Pulih Atap Rumah Kepada Penduduk Kampung Lasau Tintapon dan Kampung Rangalau
- nabalunews
- Dec 10, 2024
- 1 min read

10 Disember 2024
KOTA BELUD: Dua rumah penduduk di Kampung Lasau Tintapon dan Kampung Rangalau, Kadamaian yang memerlukan pembaikan segera mendapat bantuan membaik pulih atap rumah dari Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, hari ini.
Bantuan itu disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) di Unit Pemimpin Pembangun Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Juin Kolod, yang mewakili ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Bantuan berupa atap rumah itu diterima oleh Elvin Zacharey Mata dari Kampung Lasau Tintapon dan Justina Lempihai dari Kampung Rangalau.
Program bantuan ini dilaksanakan hasil aduan yang diterima daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung, Minik Sudaki, yang memaklumkan keadaan rumah 2 penduduk terbabit yang memerlukan pembaikan segera.
Comments