Pemaju Mukim Rasmi Program Hari Kesihatan Komuniti di Kampung Rangalau
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

Oleh: Kidd
12 Mac 2026
KOTA BELUD: Pemaju Mukim Kadamaian, Hadlee Panchai dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, telah mempengerusikan Program Hari Kesihatan Komuniti di Dewan Serbaguna Kampung Rangalau hari ini.
Mewakili Wakil Rakyat Kadamaian Datuk Ewon Benedick, beliau secara rasmi menyempurnakan perasmian program ini yang bertujuan mempromosikan kesedaran kesihatan serta gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk tempatan.
Turut hadir Pemaju Mukim Risin Sikin yang turut menyokong inisiatif ini bagi memajukan kesejahteraan komuniti Kampung Rangalau.
Pelbagai aktiviti kesihatan dan sesi perkongsian maklumat diadakan, dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk kampung dan kawasan berdekatan.
Program ini diharapkan dapat menggalakkan masyarakat mengamalkan penjagaan kesihatan yang lebih baik secara berterusan.















Comments