top of page

Bekas Polis Sabah nikmati rawatan hemodialisis percuma di Kota Kinabalu

  • nabalunews
  • Sep 3, 2024
  • 2 min read

3 September 2024


KOTA KINABALU: Ahli-ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia Sabah akan menikmati rawatan hemodialisis secara percuma di pusat dialisis yang bakal dibuka di Kota Kinabalu pada penghujung tahun ini.


Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam memastikan bekas anggota polis yang menghidap penyakit buah pinggang dapat menjalani rawatan tanpa menunggu lama di hospital kerajaan.


Pengerusi Biro Korporat Ekonomi Persatuan Bekas Polis Malaysia Sabah, Datuk Seri Zulfakar Hashim, mengumumkan bahawa pusat hemodialisis tersebut akan dilengkapi dengan 16 unit mesin hemodialisis.


"Kita ada lebih 300 ahli persatuan yang menghidap sakit buah pinggang dan sering kali terpaksa beratur lama di hospital kerajaan. “Pada tahun ini, kita akan buat pusat dialisis di bawah persatuan bekas Polis Diraja Malaysia Sabah, bertempat di Kota Kinabalu.


“Kita akan mulakan dengan 16 buah mesin yang mana ahli-ahli persatuan kita boleh mendapat rawatan secara percuma dengan pusat dialisis yang sedia ada," katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, lapor Jabatan Penerangan Sabah.


Pusat dialisis yang pertama ini akan beroperasi di Kota Kinabalu, namun, Datuk Seri Zulfakar turut menyatakan bahawa cadangan telah dibuat untuk memperluaskan perkhidmatan ini ke bandar-bandar lain seperti Tawau dan Sandakan, berdasarkan saranan Tun Juhar.


Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Sabah, Datuk Awang Kassim Gemok, menyatakan bahawa kunjungan mereka ke Istana Seri Kinabalu adalah untuk melaporkan perkembangan persatuan kepada Tun Juhar.


Beliau menegaskan bahawa sejak 2019, persatuan tersebut telah berkembang dengan mempunyai 16 cawangan daerah dan keahlian seramai 6,426 orang.


Datuk Awang juga menekankan bahawa aktiviti persatuan kini lebih menjurus kepada kebajikan ahli, termasuk usaha untuk mengkoporatkan persatuan bagi memperkukuh kedudukan mereka," tambahnya.


Dalam perkembangan lain, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Malaysia, Md Shameem Ahsandi, yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page