top of page

Berita baik buat kakitangan kontrak KKM

  • nabalunews
  • Nov 10, 2024
  • 1 min read

10 November 2024


KUALA LUMPUR : Seramai 3,200 pegawai perubatan, 350 pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi yang memohon lantikan kontrak (interim) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 21 Oktober lalu.


Menurut kenyataan KKM, sekiranya terdapat calon yang berhasrat untuk membuat rayuan pertukaran penempatan, rayuan hendaklah dibuat menerusi Google Form yang disediakan dalam sistem e-Placement sehingga 11 November untuk pegawai perubatan.


Manakala bagi pegawai pergigian dan pegawai farmasi pula adalah sehingga 15 November ini.


Kata KKM lagi, hanya rayuan yang dikemukakan menerusi Google Form dalam tempoh ditetapkan sahaja akan dibawa untuk pertimbangan oleh Jawatankuasa Rayuan Penempatan.


Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada calon menerusi portal Semakan Kerjaya KKM pada 2 Disember depan.


"Antara aspek rayuan yang akan dipertimbangkan adalah calon yang sedang mengikuti pengajian kepakaran yang diluluskan oleh KKM; calon, pasangan atau anak menghidap masalah kesihatan yang serius (disokong laporan perubatan); dan permohonan suka sama suka yang dikemukakan oleh mana-mana calon.


"Urusan penempatan calon ke fasiliti akan dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri mulai 23 Disember ini.


"Tarikh pelantikan tetap calon adalah mengikut tarikh kuat kuasa melapor diri bertugas iaitu 30 Disember 2024 atau tarikh baharu yang diluluskan oleh Ketua Jabatan sekiranya memohon penangguhan lapor diri bertugas," katanya.


Sementara itu, KKM turut mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya dilantik secara tetap dan berharap dengan pelantikan itu, mereka akan terus komited serta memberikan perkhidmatan lebih cemerlang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page