BICARA PROFESIONAL PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SABAH 2021, ESOK BICARA PROFESIONAL PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SABAH 2021, ESOK
top of page
  • nabalunews

BICARA PROFESIONAL PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SABAH 2021, ESOK


Barizah Mohd Kahar

19 Mei 2021


TELUPID: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) akan mengadakan Bicara Profesional Pendidikan bertajuk "Pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Dalam Norma Baharu" esok (20 Mei), di Bilik Mesyuarat Barabis, Pejabat Pendidikan Daerah Telupid Tongod.


Pegawai Pendidikan Daerah Telupid Tongod Barizah Mohd Kahar berkata, program itu akan dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tongod Telupid dan disiarkan secara maya melalui aplikasi youtube.



“Antara panel yang akan memberikan kupasan mengenai tajuk ini ialah Dr. Haji Mohd Kassim Tusin, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan JPNS, Puan Tah Nia Hj Jaman, Pegawai pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan Tuan Benny Kong Tze Loong Ketua Unit Pembangunan Profesionalisme Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent Tuaran.


“Forum ini akan dikendalikan oleh Jamain Bakut Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tongod Telupid Sektor Perancangan dan Moilin Tati Sisc+ Pejabat Pendidikan Daerah Tongod Telupid,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini.


Program tersebut akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (Adun) Telupid merangkap pengerusi KKIP Propeties Jonnybone J Kurum.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page