Blok D Jalan Gaya ditutup sebulan untuk kerja naik taraf
- nabalunews
- Oct 30
- 1 min read

30 Oktober 2025
KOTA KINABALU: Blok D Jalan Gaya akan ditutup sementara selama sebulan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf permukaan jalan mulai Sabtu (1 November) ini.
Menurut notis makluman Dewan Bandaraya (DBKK) penutupan sehingga 1 Disember itu bertujuan memudahkan projek menaik taraf permukaan jalan di Blok D yang sedang dijalankan.
“Bagaimanapun, aliran trafik di Blok A, B dan C di sepanjang Jalan Gaya kekal beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh kerja-kerja naik taraf dijalankan.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda sementara serta berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan, bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau kejadian tidak diingini sepanjang tempoh tersebut,” menurut notis yang dikeluarkan semalam.
Penaiktarafan itu merupakan sebahagian usaha DBKK untuk menambah baik infrastruktur bandaraya sekali gus meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di Kota Kinabalu.


















Comments