top of page

BN Umum 41 Calon

  • nabalunews
  • 9 hours ago
  • 1 min read

ree

9 November 2025


KOTA KINABALU: Pengerusi Barian Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan senarai 41 calon untuk Pilihan Raya Umum Umum (PRU) Sabah Ke-17, dengan kebanyakannya merupakan muka baharu.


Bung Moktar berkata, selain itu, beberapa lagi kawasan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat dan tertakluk kepada perkembangan mutakhir menjelang hari penamaan calon.


Katanya, barisan calon kali ini menampilkan keseimbangan antara pengalaman dan tenaga baharu, dengan tumpuan utama terhadap agenda pekerjaan berkualiti, inovasi digital, pengupayaan belia serta pembangunan ekonomi setempat.

ree

“Barisan calon yang diketengahkan turut diperkukuh dengan tahap pendidikan yang tinggi. Majoriti calon memiliki Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), manakala dua daripada mereka merupakan Doktor Perubatan.


“Langkah itu membuktikan, calon-calon yang diketengahkan bukan sahaja berpengalaman, malah berkualiti dari segi intelektual dan profesional serta mampu menerajui agenda ekonomi, teknologi dan pembangunan sosial negeri secara lebih kompeten dan berwibawa,”’katanya ketika berucap sebelum membuat pengumuman calon di Bangunan UMNO Sabah, di sini, hari ini.


Bung berkata, barisan calon kali ini mencerminkan komitmen berterusan BN untuk memacu pembangunan negeri.


Katanya, ia bermula dengan memperkukuh infrastruktur luar bandar, membuka lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat serta memperkasa sistem pendidikan dan modal insan.


“Inisiatif ini juga diselaraskan dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi memastikan kesaksamaan wilayah terus terjamin.


“Insya-Allah, calon-calon ini mencerminkan sebuah tawaran menyeluruh untuk memastikan Sabah bergerak ke hadapan dengan lebih tersusun, makmur dan inklusif,” katanya.


Menurutnya, BN Sabah turut menzahirkan keyakinan bahawa kesepaduan antara pemimpin berpengalaman dengan wajah baharu serta calon muda berkelayakan tinggi akan memberi kelebihan besar untuk membawa Sabah menuju masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page