top of page

BN Yakin Naim, Miha Mampu Pertahan Kerusi Kinabatangan dan Lamag

  • nabalunews
  • Jan 10
  • 1 min read

10 Januari 2026


KINABATANGAN: Barisan Nasional (BN) yakin calon yang dipertaruhkan untuk Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag akan mampu mengekalkan rekod kecemerlangan parti itu sebelum ini.


Dua calon yang diketengahkan ialah Mohd Naim Kurniawan Moktar untuk Parlimen Kinabatangan dan calon DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob atau Miha.


Pengerusi BN Sabah, Datuk Jafry Ariffin, beliau amat yakin kedua-dua calon ini akan mampu menggalas cabaran Pilihan Raya Kecil kali ini.


Katanya, sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di Sabah, BN komited dalam memastikan kestabilan politik, pembangunan berterusan, dan kesejahteraan rakyat.


“Pemilihan calon dibuat teliti, mengambil kira kepimpinan, penerimaan masyarakat setempat dan kemampuan mereka berkhidmat dengan konsisten,” katanya dalam satu kenyataan selepas penamaan calon pada Sabtu.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu berkata, sepanjang tempoh kempen 14 hari, BN akan menumpukan pendekatan berorientasikan rakyat dan fakta, memberi peluang masyarakat berinteraksi terus dengan calon, memahami visi, misi dan rancangan pembangunan mereka.


Pendekatan itu, katanya menekankan pendengaran aktif, penyampaian maklumat jelas dan penyelesaian konkrit bagi isu setempat, selaras dengan prinsip kepimpinan BN yang berkesan dan berwawasan.


“Mohd Naim membawa tenaga generasi muda yang progresif dan dekat dengan aspirasi rakyat, manakala Mohd Ismail berpengalaman dan memahami keperluan masyarakat Lamag, memastikan suara rakyat di Dewan Undangan Negeri terus didengar.


“Saya menyeru seluruh jentera parti dan rakyat Kinabatangan serta Lamag agar memberikan sokongan padu kepada calon-calon BN demi kesinambungan pembangunan, kestabilan politik dan masa depan yang lebih terancang serta sejahtera,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page