BPJKK Penampang Latih Anggota Tingkat Kepakaran Urus Tempat Kejadian Jenayah
- nabalunews
- 5 days ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
6 Mac 2026
PENAMPANG: Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Penampang semalam menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi meningkatkan kepakaran pegawai dan anggota dalam pengurusan tempat kejadian jenayah.
Latihan yang diadakan itu memberi tumpuan kepada prosedur kawalan kawasan, kaedah pemeliharaan bahan bukti, dan kepentingan dokumentasi sistematik bagi memastikan proses siasatan dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Menurut pihak polis, program sebegini adalah penting untuk memastikan setiap pegawai dan anggota sentiasa peka dan bersedia menghadapi situasi sebenar di lapangan.

"Melalui latihan ini, kecekapan anggota dalam mengendalikan tempat kejadian jenayah dapat dipertingkatkan selaras dengan prosedur ditetapkan," kata sumber jabatan.
Turut hadir memantau program latihan tersebut ialah Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Penampang, Asisten Superintenden Polis (ASP) Jeffrey Jaidin.
Polis Penampang kekal komited dalam mempertingkatkan kecekapan pegawai dan anggota melalui latihan berterusan demi memastikan keselamatan komuniti.















Desserts crafted with refined chocolate typically require fewer added sugars to achieve satisfaction, supporting a best chocolate more balanced approach to indulgence. Resulting in smoother melting and improved mouthfeel.