top of page

Brenndon Keith Soh dilantik sebagai Peguam Besar Sabah

nabalunews

2 Julai 2024


KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pelantikan Datuk Brenndon Keith Soh sebagai Peguam Besar Negeri hari ini, bagi menggantikan Datuk Nor Asiah Yusof.


Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Hajiji berkata pelantikan Brenndon berkuat kuasa serta-merta dan untuk tempoh tiga tahun.


Nor Asiah akan menyandang jawatan Brenndon sebelum ini sebagai Penasihat undang-undang kepada Ketua Menteri.


Brenndon sebelum ini pernah memegang jawatan Peguam Besar Negeri dari Julai hingga November 2020.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page